Ensiklopedia Teknologi Maklumat
Apabila kurang adalah lebih,
dan lebih meletihkan....


Tentang   Rencana asas     Rencana lengkap   Blog Forum   eBagaimana   e-tutoran Hubungi

Ashley Qualls

Lompat ke: pandu arah, cari

[ Bahasa Inggeris: Ashley Qualls ] frames

Ashley Qualls
Ashley Qualls

Ashley Qualls (lahir Julai 1990) ialah usahawan internet dari Amerika Syarikat. Laman sesawangnya, whateverlife.com, yang dimulakan pada tahun 2004 sebagai satu hobi ketika berumur 14 tahun, kini memberikannya pendapatan sebanyak AS$70,000 setiap bulan. Dengan 7 juta pengunjung serta 75 juta pandangan halaman setiap bulan, Whateverlife.com menerima beberapa kali lebih banyak lalu lintas, berbanding dengan kesemua edaran Seventeen, Teen Vogue, dan CosmoGirl!, majalah-majalah remaja yang popular, apabila digabungkan.[1]. Selain itu, laman sesawangnya kini ditempatkan berjuta laman sesawang di hadapan cbsnews.com, britannica.com, americanidol.com, serta juga oprah.com.


2.   Dilahirkan kepada sebuah keluarga kaum buruh di hilir sungai Detroit, Michigan, Amerika Syarikat, Qualls berulang alik sejak kecil lagi antara kedua-dua ibu bapanya yang telah bercerai. Kedua-dua ibu bapanya tidak pernah menyertai kolej. Bapanya seorang jurumesin manakala ibunya, Linda LaBreque, seorang pemungut data runcit untuk syarikat ACNielsen. Ashley mula bermain-main dengan reka bentuk laman sesawang 9 tahun dahulu ketika hanya berumur 9 tahun. Apabila dia tidak bermain permainan komputer, dia akan mengajar sendiri tentang asas reka bentuk sesawang. Ibunya, Linda, selalu memarahinya: "Jauhkan diri dari komputer, sekarang juga!" Untuk hari jadi ke-12 Ashley, ibunya berbelanja besar untuk membeli kolam air atas tanah kerana harap-harap Ashley akan berminat ke luar.

Bentangan laman sesawang Whateverlife.com
Bentangan laman sesawang Whateverlife.com

3.   Pada pertengahan tahun 2004, Ashley membangunkan laman sesawang whateverlife.com sebagai satu hobi. Adalah Linda yang memberi Qualls pelabuhan permulaan sebanyak AS$8 untuk mendaftarkan nama domainnya. Ashley suka mereka bentuk bentangan MySpace dan mengeposkannya dalam talian untuk kawan-kawannya. Ashley memberi pengunjungnya templat MySpace dan dan tutoran HTML secara percuma,[2] dan kemudiannya mereka bentuk bentangan untuk laman-laman perangkaian sosial yang lain, termasuk Facebook dan Xanga. Apabila khabar tentang perkhidmatan percuma Ashley tersebar dalam dunia MySpace, bilangan pengunjung lamannya meledak. Ashley tidak pernah membelanjakan satu sen pun untuk pengiklanan. Untuk membiayai pelayan yang diperlukan untuk menangani lalu lintasnya, Ashley kemudian menyertai Google Adsense.


4.   Pada bulan Januari 2006, beberapa bulan selepas Ashley menerima ceknya yang pertama dan enam bulan sebelum hari jadi ke-16nya, dia menarik diri daripada persekolahannya untuk menumpukan kepada perniagaannya yang sedang bertunas. Ashley melanjutkan pendidikannya menerusi sekolah tinggi dalam talian. "Tiap-tiap orang terkejut," dia berkata. "Mereka bertanya, 'Adakah kamu pasti akan apa yang tengah kamu buat?' Akan tetapi saya memiliki peluang yang gila ini untuk membuat sesuatu yang berbeza."


5.   Pada bulan September 2006, Ashley membeli sebuah rumah yang berharga AS$250,000 dengan wang tunai di subbahagian yang dipagari di komuniti Southgate, beberapa blok dari Lebuhraya Dix. Ashley tinggal di sana dengan ibunya, adik perempuan Shelby (lahir 1999), bersama dengan tiga ekor kucing, dua ekor tuntung, seekor rottweiler, seorang hamster, dan seekor ikan. Tingkat bawah tanah rumahnya dijadikan pejabat. Ibunya, Linda, kini bekerja untuk anak perempuannya dengan upah sebanyak AS$500 seminggu. Selain itu, Ashley juga menggaji kawan-kawan sekolahnya. Bre Newby ialah pembantu kanannya, dengan pekerja-pekerja lain termasuk Shayna Bone dan Jen Carey.[3]


6.   Mengendalikan syarikat yang semakin bertumbuh tanpa Sarjana Pentadbiran Perniagaan, apa lagi tanpa diploma sekolah tinggi, adalah cukup susah. Baru-baru ini, Ashley mengambil seorang mentor yang amat sangat diperlukannya. Robb Lippitt ialah bekas Ketua Pegawai Operasi kepada ePrize, salah satu syarikat yang sedang berkembang dengan pesat di Detroit. Lippit kini sedang membantu Ashley menjadikan laman Whateverlife sebagai portal yang mengkhususkan keperluan remaja wanita, selain daripada mengejarkan pengiklanan langsung yang lebih lumayan.


  1. Salter, Chuck (September 2007). Girl Power Fast Company. Dicapai pada 2008-02-19
  2. Sites, Kevin (2007-10-30). People of the Web - Teen Millionaire Yahoo! News. Dicapai pada 2008-02-19
  3. The Imaginative Republic | Girl Power - Whatever Life
Alatan peribadi