Ensiklokamus Teknologi Maklumat, Ensiklopedia Teknologi Maklumat, Istilah Teknologi Maklumat, Kamus Teknologi Maklumat  

Apabila gelintaran dalaman gagal:

Tentang   Rencana popular     Rencana lengkap   Blog Forum   eBagaimana   e-tutoran Hubungi

Kumpulan Lenovo

Lompat ke: pandu arah, cari
[ Versi bahasa Inggeris: Group Lenovo Group

Kumpulan Lenovo (Lenovo Group Limited, SEHK: 0992) ialah pengeluar komputer peribadi yang keempat terbesar di dunia, serta yang terbesar di wilayah Asia-Pasifik (pada tahun 2006). Nama "Lenovo" merupakan kata lakur daripada "Le-" (untuk Legenda) dan "novo" (bahasa pseudo-Latin untuk "baharu"). Diperbadankan di Hong Kong,[1] ibu pejabat eksekutif Lenovo terletak di Raleigh, Carolina Utara, Amerika Syarikat (tempat asal kepada bekas kumpulan ThinkPad yang dimiliki oleh IBM), serta juga di Beijing, China.

Lenovo mengeluarkan komputer meja, komputer riba, pelayan, komputer pegang tangan, kelengkapan pengimejan, dan telefon bimbit. Ia juga membekalkan perkhidmatan penyepaduan dan dukungan teknologi maklumat, dengan unit QDI-nya menawarkan pengilangan kontrak. Lenovo juga membekalkan capaian internet melalui FM365.com, portalnya.

Pada 1 Mei 2005, pemegang saham Lenovo adalah seperti yang berikut:

Oleh sebab Akademi Sains Cina, sebuah agensi kerajaan China, memiliki 65% daripada Syarikat Pemegangan Legend, kerajaan China memiliki sekurang-kurangnya 30.5% daripada Lenovo dan dengan itu, merupakan pemegang sahamnya yang terbesar.   Lenovo lebih... di Wikipedia


  Laman Sesawang Yang Lain  

  1. Laman web rasmi Lenovo
Alatan peribadi