Ensiklokamus Teknologi Maklumat, Ensiklopedia Teknologi Maklumat, Istilah Teknologi Maklumat, Kamus Teknologi Maklumat  

Apabila gelintaran dalaman gagal:

Tentang   Rencana popular     Rencana lengkap   Blog Forum   eBagaimana   e-tutoran Hubungi

Macromedia Authorware

Lompat ke: pandu arah, cari
[ Versi bahasa Inggeris: Authorware Macromedia Authorware ]

Macromedia Authorware ialah sebuah bahasa pengaturcaraan grafik berasaskan carta aliran. Ia digunakan untuk mencipta atur cara interaktif yang menyepadukan berbagai-bagai kandungan multimedia, khususnya atur-atur cara penggunaan e-pembelajaran. Model carta aliran ini membezakan Authorware daripada alat-alat pengarangan yang lain seperti Adobe Flash dan Macromedia Director yang bergantung kepada struktur tampak, garis masa, dan skrip.

Macromedia Authorware pada asalnya diterbitkan oleh syarikat Authorware yang diasaskan oleh Michael Allen pada tahun 1987. Allen pernah menyertai pembangunan sistem e-pembelajaran usaha sama PLATO pada dekad 1970-an.

Nama asal Authorware ialah "Jalan Tindakan" (CoA untuk Course of Action). Atur cara pertama itu hanya boleh digunakan dengan Macintosh dan menghasilkan atur-atur cara masa jalanan untuk DOS. Authorware muncul kemudian dan menghasilkan versi-versi masa jalanan DOS sehingga sekitar versi 2.0 yang merupakan versi Windows yang pertama.

Authorware bergabung dengan MacroMind-Paracomp pada tahun 1992 untuk membentuk Macromedia. Pada Disember 2005, Macromedia bergabung pula dengan Adobe di bawah nama Sistem Adobe. Versi Authorware yang paling terkini ialah versi 7.02; versi 7 diterbitkan pada tahun 2003. Sehingga masa ini, Adobe masih belum mengumumkan sebarang rancangan untuk menerbitkan versi Authorware yang baru.   Authorware lebih... di Wikipedia


Sistem Adobe
Perisian komputer meja Creative SuiteAuditionGoLiveCaptivateDigital EditionsDNGPageMakerPhotoshop LightroomRoboHelplebih…
Perisian pelayan ColdFusionLiveCycleFlash Media ServerJRun
Teknologi: PostScriptPDFFlashPaperAuthorwareFlashFlexAIR
Perkhidmatan ASN
Lembaga pengarah GeschkeWarnockChizenNarayen


  Laman Sesawang Yang Lain  
Alatan peribadi