Ensiklokamus Teknologi Maklumat, Ensiklopedia Teknologi Maklumat, Istilah Teknologi Maklumat, Kamus Teknologi Maklumat  

Apabila gelintaran dalaman gagal:

Tentang   Rencana popular     Rencana lengkap   Blog Forum   eBagaimana   e-tutoran Hubungi

MySQL

Lompat ke: pandu arah, cari
[ Versi bahasa Inggeris: MySQL ]

MySQL ialah sebuah Sistem Pengurusan Pangkalan Data Hubungan (RDMS) sumber terbuka. Ia merupakan sejenis enjin pangkalan data yang menggunakan Bahasa Pertanyaani Berstruktur (SQL), dan boleh digunakan dalam berbagai-bagai pelayan web, termasuk Windows dan Linux.

MySQL adalah bahasa yang paling popular untuk menambah, mencapai, dan memproses data dalam pangkalan data. Ia paling terkenal kerana pemprosesannya yang pantas, kebolehpercayaannya yang terbukti, serta juga penggunaannya yang mudah dan fleksibel. Melalui satu kata kunci atau frasa kata kunci, MySQL boleh mengembalikan hasil yang dipadankan serta diisih, dan menjanakan laman web yang dicipta secara dinamik dengan serta merta.

MySQL adalah pasangan yang terbaik kepada PHP dan merupakan sebahagian daripada hampir semua perisian penggunaan sumber terbuka. Contoh-contoh unggul yang lain untuk penggunaan kuasanya ialah phpBB, osCommerce, dan phpNuke.   lebih... di Wikipedia


  Laman Sesawang Yang Lain  
Keluaran dan perkhidmatan berkait yang terkini boleh didapati di panel kanan di sini...
Alatan peribadi