| Apabila kurang adalah lebih, dan lebih meletihkan.... | |||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||
osCommerce
| Fakta Pantas | |
|---|---|
| osCommerce | |
| Pembangun | Harald Ponce de Leon |
| Lepasan terkini | 2.2 RC 2a / 30 Januari 2008 |
| Bahasa pengaturcaraan | PHP |
| Sistem pengendalian | Pelantar silang |
| Genre | Kedai sesawang |
| Lesen | Lesen Am Awam GNU |
| Laman sesawang | http://www.oscommerce.com/ |
Kedai dalam talian yang menggunakan perisian osCommerce. (c) Lolyco.com |
osCommerce (terbitan daripada “open source Commerce” dalam bahasa Inggeris) ialah salah satu perisian e-dagang dan pengurusan kedai dalam talian. Disediakan sebagai perisian bebas di bawah Lesen Am Awam GNU, ia boleh digunakan pada mana-mana pelayan sesawang yang dipasang dengan PHP dan MySQL. Sedangkan ia secara rasmi masih dalam peringkat pembangunan, lepasan Milestone 2.2 yang terkini dianggap sebagai stabil.
| |
2. osCommerce dimulakan pada bulan Mac 2000 oleh pengasas dan ketua projek, Harald Ponce de Leon, di Jerman, dengan nama The Exchange Project. Menjelang bulan Julai 2008, terdapat melebihi 14,000 laman yang menggunakan perisian itu dalam talian, dengan melebihi 4,800 atur cara tokokan yang disumbangkan oleh sebuah komuniti pembangun sukarelawan disediakan secara bebas untuk memperluas kefungsian perisiannya.[1] Kejayaannya telah melahirkan sebilangan cabang, termasuk CRE Loaded, OSC Max, xt:Commerce, Holbi's TrueLoaded, dan ZenCart.
| |
3. osCommerce MS2.2 tidak mendakwa boleh ia merupakan penyelesaian e-dagang yang terunggul. Berbanding dengan merupakan sebuah perisian serba boleh, ia hanya membekalkan satu set asas kefungsian untuk memenuhi keperluan-keperluan yang umum bagi hampir semua perniagaan dalam talian. Dengan mengamalkan pendekatan ini, osCommerce telah berjaya mengelakkan masalah yang selalu dihadapi oleh banyak atur cara penggunaan (termasuk yang dihadapi oleh cabang-cabang sendiri). Walau bagaimanapun, ini tidak bermaksud bahawa osCommerce merupakan sebuah perisian yang "asas". Keupayaannya untuk diperkukuh melalui atur cara tokokan dan kod terlanggan yang dibekalkan oleh sebuah komuniti sukarelawan bermaksud bahawa ia dapat diubah suai untuk memenuhi keperluan-keperluan yang khusus bagi mana-mana perniagaan.
| |
4. Ciri-ciri utama osCommerce MS2.2 termasuk:
- Keserasian dengan PHP 4 dan MySQL - mudah dikemaskinikan kepada versi 5;
- Keserasian dengan semua pelayar utama;
- Disediakan dalam berbilang bahasa, iaitu bahasa Inggeris, Jerman, dan Sepanyol secara lalai;
- Pemasangan berasaskan sesawang secara automatik;
- Bilangan produk dan kategori yang tidak terhad;
- Pemasangan automatik untuk sistem pembayaran e-dagang: Authorize.net, 2Checkout.com, iPayment.de, PayPal.com, PsiGate.com, SECPay.com, dan TrustCommerce.com. Banyak lagi modul pembayaran, baik dalam talian mahupun di luar, juga boleh dipasang sebagai atur cara tokokan;
- Sokongan berbilang mata wang melalui pengemaskinian insani dari pelayan kadar pertukaran;
- Sokongan untuk imej dinamik (satu imej bagi setiap produk);
- Menyokong produk fizikal serta juga muat turun produk;
- Modul pentadbiran berasaskan sesawang;
- Penyediaan dan pemulihan pangkalan data sandar;
- Kart membeli-belah sementara dan kekal;
- Urus niaga yang selamat melalui sokongan Lapisan Soket Selamat (SSL);
- Banyak pilihan penghantaran, termasuk berat, harga, dan destinasi.
- Penyepaduan sebutan harga penghantaran masa nyata dengan UPS dan USPS;
- Pilihan penghantaran berasaskan zon serta juga pilihan penghantaran percuma sebagai sebahagian Modul Jumlah Pesanan;
- Kefungsian cukai penuh, termasuk cukai kompaun, dengan zon yang berbeza untuk produk yang berbeza.
Dalam melaksanakan osCommerce MS2.2, salah satu keputusan yang utama ialah bagaimana menyepadukan reka bentuk kerana, berbeza dengan cabang-cabangnya, ia tidak memiliki sistem templat. Banyak templat osCommerce pihak ketiga boleh didapati, termasuk STS, BTS, dan SMARTY.
| |
5. Milestone 3.0 yang telah dirancang dijangka akan merupakan suatu penulisan semula yang utama bagi atur cara osCommerce untuk menggabungkan yang berikut semasa pemasangan:
- bahagian belakang berorientasi objek;
- sistem templat yang membenarkan penukaran bentangan yang mudah; dan
- rangkuman takrif nama pengguna dan kata laluan bahagian pentadbiran. lebih... di Wikipedia
|
|
