PHP
| [ Versi bahasa Inggeris: PHP ] |
| Fakta Pantas | |
|---|---|
| PHP | |
| Paradigma | Imperatif, berorientasi objek, fungsian |
| Diterbitkan | 1994 |
| Direka oleh | Rasmus Lerdorf |
| Dibangun oleh | Kumpulan PHP |
| Versi terkini | 5.2.3 (1 Jun 2007) |
| Jenis | Dinamik, lemah |
| Dipengaruhi oleh | C, Perl Java, C++, Python |
| OS | Pelantar silang |
| Pelesenan | Lesen PHP |
| Laman sesawang | http://php.net/ |
PHP pada asalnya direka bentuk sebagai suatu bahasa penskripan serba guna (serta pentafsir) yang mudah. Ia kini dibenam ke dalam HTML untuk mencipta laman-laman web dinamik,[1] dan biasanya digunakan bersama-sama dengan pangkalan data MySQL di dalam pelayan web Linux/UNIX. Sebagai suatu bahasa sumber terbuka, ia kini adalah amat popular di kalangan pembangun web dan merupakan suatu alternatif kepada teknologi Halaman Pelayan Aktif (ASP, Active Server Page) yang dibangun oleh Microsoft.
Maksud singkatan: PHP sebenarnya merupakan singkatan untuk Personal Home Page (Laman Web Peribadi) tetapi kemudiannya dikatakan merupakan singkatan untuk PHP Hypertext Processor (Pemproses Hiperteks PHP).
Perlesenan: Perlaksanaan utama PHP diterbitkan oleh Kumpulan PHP di bawah Lesen PHP yang dianggap sebagai perisian bebas oleh Yayasan Perisian Bebas.[2] Perlaksanaan tersebut kini bertindak sebagai piawai de facto PHP kerana PHP tidak mempunyai sebarang spesifikasi yang formal.
Kegunaan-kegunaan lain: Selain daripada boleh dibenam ke dalam fail .html, PHP juga boleh dibenam ke dalam halaman-halaman HTML yang disimpan sebagai fail .php. PHP membenarkan pengguna mengubah kandungan-kandungan banyak halaman web secara serentak dengan hanya mengubah sebuah fail .php. Enjin PHP pihak pelayan akan mengubah semua kandungan PHP kepada HTML dan oleh itu, pelawat web tidak akan melihat sebarang skrip PHP.
Versi terkini: Versi PHP 5.x kini sedang dibangun. Pada 13 Julai 2007, Kumpulan PHP mengumumkan bahawa pembangunan Versi PHP 4.4x akan tamat menjelang 31 Disember 2007. Bagaimanapun, kemas-kemas kini keselamatan Versi 4.4x yang genting akan dibekalkan sehingga 8 Ogos 2008.[3]
Sumber perincian: Penjelasan tentang semua tag PHP, buku panduan pengguna, serta tutoranl boleh didapati di laman web rasmi PHP. lebih... di Wikipedia
Lihat juga
- Heredoc
- Paamayim Nekudotayim
- Pemecut PHP
- Perbandingan bahasa-bahasa pengaturcaraan
- Perpustakaan PHP Piawai
- Phalanger
- Rangka kerja Zend
- Roadsend PHP
- Sejarah PHP
- Senarai penyunting PHP
- Senarai rangka kerja penggunaan web
- Tatasusunan bersekutu
| Laman Sesawang Yang Lain | ||
|---|---|---|
| ||
|
|
|
