Ensiklokamus Teknologi Maklumat, Ensiklopedia Teknologi Maklumat, Istilah Teknologi Maklumat, Kamus Teknologi Maklumat  

Apabila gelintaran dalaman gagal:

Tentang   Rencana popular     Rencana lengkap   Blog Forum   eBagaimana   e-tutoran Hubungi

Perisian bebas

Lompat ke: pandu arah, cari
[ Versi bahasa Inggeris: software Free software

Perisian bebas ialah perisian yang:

  • boleh digunakan, dikaji dan diubah suai tanpa sekatan;
  • boleh disalin dan diedarkan semula dalam bentuk terubah suai mahupun tidak, tanpa sekatan atau dengan sekatan hanya untuk memastikan bahawa para penerima selanjutnya boleh juga berbuat sedemikian.

Untuk membolehkan perbuatan tersebut, bentuk atur cara boleh dibaca manusia (dikenali sebagai kod sumber) harus disediakan. Kod sumber boleh diletakkan dalam domain awam, diiringi oleh lesen perisian yang mengatakan bahawa pemegang hak cipta membenarkan perbuatan-perbuatan tersebut (iaitu lesen perisian bebas), dan sebagainya.

Istilah-istilah alternatif untuk perisian bebas telah dicipta dalam percubaan untuk mengurangkan kekaburan istilah "bebas". Yang paling umum ialah "perisian sumber terbuka" yang telah berkembang untuk merujuk kepada maksud kebebasan yang berbeza tetapi tidak ketara perbezaannya. Perisian bebas juga dikenali sebagai "software libre", "free, libre and open-source software" ("FLOSS"), dan "free/open-source software" ("FOSS") dalam bahasa Inggeris.

Perisian bebas adalah tidak sama dengan perisian percuma, dengan perisian percuma merupakan perisian hak milik yang diedarkan secara percuma. Setiap orang boleh menjual salinan-salinan perisian bebas, menggunakannya secara komersil, dan mengenakan bayaran untuk pengedaran dan pengubahsuaiannya. Oleh sebab sesiapa yang mempunyai salinannya boleh mengedarkan perisian tersebut tanpa kos, perisian itu umumnya boleh didapati tanpa sebarang bayaran.

Model-model perniagaan perisian bebas biasanya berdasarkan tambahan nilai seperti sokongan, latihan, pelangganan, penyepaduan atau pensijilan. Selain itu, sesetengah model perniagaan yang berkaitan dengan perisian bukan bebas adalah tidak serasi dengan perisian bebas, misalnya perisian-perisian yang bergantung kepada kewajipan pengguna membayar lesen supaya dapat menggunakan sesuatu keluaran perisian secara sah dari segi undang-undang.

Gerakan perisian bebas dilancarkan pada tahun 1983 untuk menyediakan kebebasan-kebebasan yang tersebut di atas kepada setiap pengguna komputer.[1] Perisian yang tidak membekalkan kebebasan-kebebasan tersebut dirujuk sebagai perisian hak milik atau perisian bukan bebas.   bebas lebih... di Wikipedia

Lihat juga


  Laman Sesawang Yang Lain  

Wikipedia: Perisian_bebas

Keluaran dan perkhidmatan berkait yang terkini boleh didapati di panel kanan di sini...
[ Versi bahasa Inggeris: {{{2}}} {{{3}}} ]


  1. Pengumuman Awal Projek GNU.
Alatan peribadi