Ensiklokamus Teknologi Maklumat, Ensiklopedia Teknologi Maklumat, Istilah Teknologi Maklumat, Kamus Teknologi Maklumat  

Apabila gelintaran dalaman gagal:

Tentang   Rencana popular     Rencana lengkap   Blog Forum   eBagaimana   e-tutoran Hubungi

Permainan komputer peribadi

(Dilencongkan dari Permainan komputer)
Lompat ke: pandu arah, cari
[ Versi bahasa Inggeris: computer game Personal computer game

Tampilan skrin bagi The Sims, permainan PC yang paling terlaris selama ini.
Tampilan skrin bagi The Sims, permainan PC yang paling terlaris selama ini.

Permainan komputer peribadi (juga dikenali sebagai permainan komputer atau dengan mudah sebagai permainan PC) ialah permainan video yang dimain pada komputer peribadi dan bukannya pada konsol permainan video atau mesin arked.

Permainan komputer telah berkembang daripada permainan dan grafik awal yang mudah seperti Spacewar! kepada berbagai-bagai permainan yang lebih maju dari segi visual, walaupun pasaran permainan komputer kini semakin merosot di Amerika Syarikat sejak dari tahun 1999.[1]

Permainan komputer peribadi dicipta oleh satu atau lebih pembangun permainan, seringnya bersama-sama dengan pakar-pakar yang lain (seperti pelukis permainan) dan diterbitkan, baik secara bebas mahupun melalui penerbit pihak ketiga. Ia kemudian diedarkan melalui medium fizikal seperti DVD dan CD, perisian pengongsian internet boleh muat turun, atau melalui perkhidmatan penghantaran dalam talian seperti Direct2Drive dan Steam. Permainan komputer peribadi seringnya memerlukan perkakasan yang khusus di dalam komputer pengguna supaya dapat bermain, umpamanya generasi unit pemprosesan grafik yang tertentu atau sambungan internet untuk permainan dalam talian, walaupun keperluan sistem adalah berbeza-beza dari permainan ke permainan.

Permainan komputer dan ketagihan permainan sering merupakan topik kritikan yang menumpukan perhatian, terutamanya kepada pengaruh kandungan yang sangat tidak menyenangkan serta juga permainan yang berpanjangan oleh kanak-kanak. Persatuan Perisian Hiburan dan kumpulan-kumpulan yang lain menegaskan bahawa para ibu bapa adalah bertanggungjawab untuk menyederhanakan tingkah laku anak-anak mereka, walaupun perbalahan itu telah menyebabkan percubaan-percubaan untuk mengawal penjualan sesetengah permainan di Amerika Syarikat.[2]   komputer peribadi lebih... di Wikipedia


  Laman Sesawang Yang Lain  
(Masih belum dikesani)
Keluaran dan perkhidmatan berkait yang terkini boleh didapati di panel kanan di sini...
[ Versi bahasa Inggeris: {{{2}}} {{{3}}} ]


  1. Persatuan Perisian Hiburan (26 Januari 2005). Jualan Perisian Permainan Komputer dan Video Mencapai Rekod AS$7.3 Bilion pada tahun 2004. Siaran akhbar. Dicapai pada 2006-10-15.
  2. Hakim memutuskan bahawa undang-undang permainan video Louisiana adalah tidak adil (Ogos 2006). Dicapai pada 2006-09-02
Alatan peribadi