Ensiklokamus Teknologi Maklumat, Ensiklopedia Teknologi Maklumat, Istilah Teknologi Maklumat, Kamus Teknologi Maklumat  

Apabila gelintaran dalaman gagal:

Tentang   Rencana popular     Rencana lengkap   Blog Forum   eBagaimana   e-tutoran Hubungi

Radio

Lompat ke: pandu arah, cari

Rencana ini adalah mengenai radio sebagai teknologi. Untuk kegunaan lain, termasuk penyiaran radio sebagai jenis seni, sila lihat Radio (nyahkekaburan).
[ Bahasa Inggeris: Radio ] frames

Penerima hi-fi AM/FM Fisher 500 dari tahun 1959.
Penerima hi-fi AM/FM Fisher 500 dari tahun 1959.

Radio ialah pemancaran isyarat melalui pengubahan (pemodulatan) gelombang elektromagnet yang berfrekuensi lebih rendah daripada frekuensi cahaya nampak. Ia pada asalnya digelar sebagai "telegrafi wayarles" yang kemudian disingkatkan menjadi "wayarles". Radio telah digunakan untuk menghantar gambar yang dapat dinampak pada peti televisyen seawal 1920-an lagi.


2.   Awalan radio- dari segi pemancaran wayarles dicatat buat pertama kalinya dalam perkataan radiokonduktor oleh Edouard Branly, seorang ahli fizik Perancis, pada tahun 1897. Walau bagaimanapun, "radio" sebagai kata nama dikatakan dicipta oleh pakar pengiklanan, Waldo Warren (White 1944). Pada hari ini, istilah "radio" seringnya merujuk kepada peranti penerima trans atau cip, manakala "wayarles" merujuk kepada sistem dan/atau kaedah yang digunakan untuk komunikasi radio.


3.   Sistem radio yang digunakan untuk komunikasi mengandungi sebuah pemancar yang menghasilkan arus ulang-alik pada frekuensi ayunan yang diingini dan mengubah (memodulatkan) sesetengah sifat gelombong tersinar seperti amplitud, frekuensi, atau fasa. Apabila gelombang elektromagnet dipintas oleh antena penerima, medan-medan ayunan akan menyebabkan arus ulang-alik dihasilkan di dalam pengkonduksi elektrik, dengan arus itu dapat diubah (dinyahmodulatkan) menjadi bunyi atau isyarat-isyarat lain yang membawa maklumat. Penerima gelombang "dinalakan" supaya memberi balasan yang utama kepada isyarat yang diingini serta menolak isyarat yang tidak diingini. Radio hanya menjadi lebih berguna selepas perekaan peranti elektronik seperti tiub vakum dan transistor yang dapat menguatkan isyarat yang lemah. Pada hari ini, sistem radio digunakan untuk berbagai-bagai kegunaan dari mainan kanak-kanak walkie-talkie sehingga kawalan kapal angkasa lepas, serta untuk penyiaran dan kegunaan-kegunaan yang lain.

Radio History  (Video credit: iraRona)

4.   Pembangunan radio boleh dibahagikan kepada tiga fasa tersendiri yang menjangkau masa berdekad-dekad:

  1. gelombang elektromagnet dan pengujikajian;
  2. komunikasi wayarles dan pembangunan teknik; dan
  3. penyiaran radio dan pemerdagangan.

Pada tahun 1893, Nikola Tesla dari St. Louis, Missouri mencipta peranti-peranti untuk uji kaji elektriknya dan memerihalkan prinsip kerja wayarlesnya dengan terperinci.[1] Pemeriannya mengandungi semua unsur yang kemudian digabungkan ke dalam sistem radio pada tempoh sebelum pembangunan tiub vakum. Demonstrasi umum untuk mengendalikan radio yang pertama (digelar sebagai "telegraf wayarles") dibuat oleh Profesor Oliver Lodge dan Alexander Muirhead di Oxford University Museum of Natural History pada 14 Ogos 1894. Bagaimanapun, telegraf wayarles mereka itu tidak berupaya menghantar bunyi atau pertuturan.


5.   Pada tahun 1896, Guglielmo Marconi menerima paten United Kingdom untuk radio bagi Pembaikan pemancaran impuls dan isyarat elektrik serta juga untuk radas yang berkenaan. Beliau mengasaskan stesen radio yang pertama di dunia di Isle of Wight, England pada tahun yang berikut lalu mengasaskan kilang "wayarles" yang juga pertama di dunia di Chelmsford pada tahun 1898. Rekaan unggul yang berikut ialah pengesan tiub vakum yang direka oleh para jurutera Westinghouse. Pada 24 Disember 1906, Reginald Fessenden menggunakan pemancar cucuh putar segerak untuk menyiarkan rancangan radio yang pertama dari Ocean Bluff-Brant Rock, Massachusetts. Kemudian pada tahun 1960, Sony memperkenalkan radio bertransistor pertama yang dikuasai oleh sebiji bateri kecil dan yang cukup kecil untuk dimasukkan ke dalam poket baju. Penguji kaji radio amatur mula menggunakan komputer peribadi yang memiliki kad bunyi untuk memproses isyarat radio pada awal 1990-an.   lebih... di Wikipedia


  1. IEEEVM: Nikola Tesla
Alatan peribadi