Ensiklokamus Teknologi Maklumat, Ensiklopedia Teknologi Maklumat, Istilah Teknologi Maklumat, Kamus Teknologi Maklumat  

Apabila gelintaran dalaman gagal:

Tentang   Rencana popular     Rencana lengkap   Blog Forum   eBagaimana   e-tutoran Hubungi

Rangkaian komputer

Lompat ke: pandu arah, cari

[ Bahasa Inggeris: Computer network ] frames

Rangkaian komputer ialah sekumpulan komputer yang saling berkait. Ia boleh dikelaskan mengikut lapisan rangkaian yang mengendalikannya, bersandarkan model rujukan asas yang dianggap sebagai piawai industri, misalnya model Suit Protokol Internet empat lapisan. Sedangkan model rujukan Saling Hubungan Sistem Terbuka (OSI) lebih terkenal dalam lingkungan akademik, kebanyakan rangkaian mempergunakan Suit Protokol Internet (IP).


2.   Rangkaian komputer boleh dikelaskan mengikut:


3.   Jenis rangkaian komputer yang paling biasa, mengikut urutan skala, adalah seperti yang berikut:

  • Rangkaian Kawasan Peribadi (PAN): Rangkaian yang digunakan untuk komunikasi antara peranti komputer yang berhampiran dengan pengguna.
  • Rangkaian Kawasan Tempatan (LAN): Rangkaian yang meliputi kawasan geografi yang kecil, misalnya rumah, pejabat, atau bangunan.
  • Rangkaian Kawasan Kampus (CAN): Rangkaian yang menyambungkan dua atau lebih LAN tetapi terhad kepada kawasan geografi yang khusus dan berhampiran, misalnya kampus kolej, kompleks perindustrian atau pangkalan tentera.
  • Rangkaian Kawasan Metropolitan (MAN): Rangkaian yang menyambungkan dua atau lebih LAN atau CAN tetapi tidak meliputi kawasan di luar bandar atau di luar kawasan metropolitannya.
  • Rangkaian Kawasan Luas (WAN): Rangkaian yang meliputi kawasan geografi yang agak besar, iaitu antara sebuah bandar raya dengan bandar raya yang lain serta antara sebuah negara dengan negara yang lain.
  • Rangkaian Kawasan Sejagat (GAN): Model untuk menyokong komunikasi bimbit yang merentasi sebilangan LAN wayarles, kawasan liputan satelit, dan sebagainya. Spesifikasi rangkaian kawasan sejagat kini dibangunkan oleh beberapa kumpulan, akan tetapi tidak terdapatnya takrif yang sama.
  • Antara rangkaian: Dua atau lebih rangkaian atau segmen rangkaian yang disambungkan dengan menggunakan peranti yang berjalan pada lapisan 3 (lapisan 'rangkaian') Model Rujukan Asas OSI, misalnya penghala. Sebarang saling hubungan antara rangkaian-rangkaian awam, swasta, komersil, perindustrian, atau kerajaan juga boleh ditakrifkan sebagai antara rangkaian.
    • Intranet: Biasanya merupakan rangkaian dalaman di sesebuah syarikat atau perusahaan yang lain.
    • Ekstranet: Rangkaian atau antara rangkaian yang terhad ruang lingkupnya kepada sebuah pertubuhan atau entiti, akan tetapi ia juga memiliki sambungan terhad kepada satu atau lebih rangkaian pertubuhan atau entiti yang lain.
    • Internet: Antara rangkaian yang khusus yang terdiri daripada antara sambungan rangkaian-rangkaian kerajaan, akademik, awam dan swasta di seluruh dunia. Ia berdasarkan Advanced Research Projects Agency Network (ARPANET, Rangkaian Agensi Projek Penyelidikan Lanjutan) yang dibangunkan oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat — juga menampung Jaringan Sejagat (WWW).

4.   Semua rangkaian terdiri daripada blok binaan perkakasan yang asas untuk saling berhubung dengan nod rangkaian seperti Kad Antara Muka Rangkaian (NIC), jejambat, hab, suis, dan penghala. Selain itu, kaedah untuk menyambungkan blok binaan diperlukan, biasanya dalam bentuk kabel galvani (yang paling biasa ialah kabel Kategori 5).

Alatan peribadi