Ensiklokamus Teknologi Maklumat, Ensiklopedia Teknologi Maklumat, Istilah Teknologi Maklumat, Kamus Teknologi Maklumat  

Apabila gelintaran dalaman gagal:

Tentang   Rencana popular     Rencana lengkap   Blog Forum   eBagaimana   e-tutoran Hubungi

Sistem pengendalian

Lompat ke: pandu arah, cari
[ Versi bahasa Inggeris: system Operating system

Sistem pengendalian ialah sekumpulan atur cara komputer yang menguruskan sumber perkakasan dan perisian bagi sesebuah komputer.

Ia memproses sistem mentah serta input pengguna, dan membalas dengan memperuntukkan serta menguruskan tugas-tugas serta sumber-sumber sistem dalaman sebagai suatu perkhidmatan kepada para pengguna dan atur-atur cara sistem. Pada asas semua perisian sistem, sesebuah sistem pengendalian akan melakukan tugas-tugas asas seperti:

Kebanyakan sistem pengendalian ditawarkan dengan sebuah atur cara penggunaan yang memberikan antara muka kepada sumber-sumber yang diuruskan oleh sistem pengendalian. Atur-atur cara penggunaan ini mempunyai pentafsir garis perintah sebagai suatu antara muka pengguna asas tetapi sejak dari pertengahan dekad 1980-an, ini telah digantikan dengan sebuah antara muka pengguna grafik (GUI) untuk memudahkan pengendalian.

Sistem-sistem pengendalian pada dirinya tidak mempunyai sebarang antara muka pengguna kerana pengguna sistem pengendalian ialah atur cara penggunaan, bukannya manusia. Sistem pengendalian merupakan pelantar untuk perisian sistem yang lain dan juga untuk perisian penggunaan. Windows, Linux, dan Mac OS adalah beberapa sistem pengendalian yang paling popular.   pengendalian lebih... di Wikipedia


  Laman Sesawang Yang Lain  
Alatan peribadi