Ensiklopedia Teknologi Maklumat
Apabila kurang adalah lebih,
dan lebih meletihkan....


Tentang   Rencana asas     Rencana lengkap   Blog Forum   eBagaimana   e-tutoran Hubungi

Teknologi-maklumat.com:Perihal

Lompat ke: pandu arah, cari

Ensiklokamus ialah kata lakur yang terdiri daripada perkataan "ensiklopedia" dan "kamus". Istilah ini membayangkan kandungan portal ini yang terdiri daripada kedua-dua rencana ensiklopedia dan kamus istilah komputer. Tambahan pula, istilah ensiklokamus juga membayangkan rencana dalam portal ini yang lebih pendek daripada rencana ensiklopedia biasa tetapi lebih panjang daripada huraian kamus.


2.   Oleh sebab bahan bacaan bidang pengkomputan dan teknologi maklumat adalah agak berat, rencana dalam portal ini terhad kepada sekitar 500 perkataan sahaja panjangnya supaya tidak membosankan para pembaca. Namun portal ini adalah lebih sesuai untuk mereka yang hanya ingin tahu sedikit sebanyak tentang sesuatu topik. Bagi mereka yang ingin tahu dengan lebih lanjut tentang topik itu, mereka boleh mencapai rencana di Wikipedia bahasa Melayu (melalui pautan "lebih" yang terletak pada akhir setiap rencana) atau di Wikipedia bahasa Inggeris.


3.   Laman sesawang ini diilhami oleh kekurangan sumber teknologi maklumat bahasa Melayu dalam talian, walaupun dunia ini kini sedang mengalami pertumbuhan teknologi maklumat yang begitu pesat. Ensiklokamus Komputer Bahasa Melayu yang dimulakan pada 6 Jun 2007 bertujuan untuk menjadi salah satu sumber teknologi maklumat bahasa Melayu yang utama melalui sumbangan daripada para penutur bahasa Melayu, baik dari negara Malaysia mahupun dari negara yang lain.


4.   Sasaran penulis yang utama ialah para pelajar dari institusi pendidikan tinggi dalam bidang sains komputer dan teknologi maklumat. Walaupun demikian, sesiapa yang memiliki setitis minat terhadap pemindahan rencana bidang komputer ke dalam bahasa Melayu juga dialu-alukan.


Garis masa

2007

  • 06 Jun: ENSIKLOKAMUS KOMPUTER dimulakan, dengan tapak webnya dihoskan oleh Siteground di Amerika Syarikat.
  • 25 Ogos: Atas alasan lalu lintas, tapak web ini dipindahkan ke Internet-Webhosting di Malaysia.
  • 03 Oktober: ntv7, rencana pertama oleh Leogirlee, pengguna komuniti, ditulis.
  • 04 Oktober: Rencana terakhir dipindahkan daripada pelayan Siteground ke Internet-Webhosting.
  • 30 Oktober: Keputusan diambil untuk menjadikan portal komuniti ini sebagai sebuah pelantar peribadi untuk mengejar kegemaran saya terhadap bidang bahasa Melayu dan teknologi maklumat.
Alatan peribadi