Ensiklokamus Teknologi Maklumat, Ensiklopedia Teknologi Maklumat, Istilah Teknologi Maklumat, Kamus Teknologi Maklumat  

Apabila gelintaran dalaman gagal:

Tentang   Rencana popular     Rencana lengkap   Blog Forum   eBagaimana   e-tutoran Hubungi

Teknologi maklumat

Lompat ke: pandu arah, cari

[ Bahasa Inggeris: Information technology ] frames

Perbelanjaan teknologi maklumat dan komunikasi pada tahun 2005. (Sila tekan pada imej untuk melihat gambar yang lebih besar.)
Perbelanjaan teknologi maklumat dan komunikasi pada tahun 2005. (Sila tekan pada imej untuk melihat gambar yang lebih besar.)

Teknologi maklumat (IT), sebagaimana ditakrifkan oleh Information Technology Association of America (ITAA, Persatuan Teknologi Maklumat Amerika), ialah "kajian, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan, dan dukungan atau pengurusan sistem-sistem maklumat berasaskan komputer, khususnya perisian penggunaan dan perkakasan komputer."


2.   Secara mudah, teknologi maklumat ialah istilah am untuk memerihalkan sebarang teknologi yang membantu untuk menghasilkan, memanipulasikan, menyimpan, berkomunikasi dan/atau menyebarkan maklumat.


3.   Diterimaguna secara meluas sejak dari dekad 1990-an, IT ialah istilah terkini untuk merujuk kepada seluruh industri komputer. Sebelum itu, berbagai-bagai nama yang lain telah digunakan, termasuk

  • pemprosesan data elektronik (EDP);
  • sistem maklumat pengurusan (MIS); dan
  • sistem maklumat (IS).

4.   Adakah industri telekomunikasi dan perangkaian terangkum dalam istilah IT merupakan sesuatu perkara yang kekadang dipertikaikan. Untuk mengatasi masalah itu, istilah "Teknologi Maklumat dan Komunikasi" (ICT) telah dicipta. Bagaimanapun, semua maklumat yang dicipta dan disebarkan menerusi komputer sebenarnya dialihkan melalui rangkaian dan pembawa sepunya. Justera itu, istilah "teknologi maklumat" sememangnya merangkumi setiap perkara yang menghantar maklumat kepada pengguna, termasuk juga telekomunikasi dan perangkaian.


5.   Walaupun terdapat setakat pertindihan, perbezaan utama antara sains komputer dengan teknologi maklumat ialah: Sains komputer lebih menekankan aspek komputer yang teknikal, misalnya reka bentuk komputer dan cara sistem komputer berfungsi, manakala teknologi maklumat lebih menekankan penggunaan komputer untuk tujuan tertentu, tanpa mengetahui perincian tentang bagaimana komputer melakukan tugasnya.


Ruang lingkup teknologi maklumat


6.   Teknologi maklumat adalah amat luas ruang lingkupnya, dan merangkumi banyak bidang. Contohnya termasuk:

  • Komputer peribadi pengguna dan perisiannya;
  • Komputer dan sistem komputer yang digunakan oleh guru, pelatih dan pelajar untuk tujuan pendidikan;
  • Perisian dan sokongan untuk sistem pengautomatan pejabat, seperti pemprosesan kata dan hamparan, serta juga komputernya;
  • Kegunaan komputer tradisional yang merangkumi storan data serta atur cara untuk menginput, memproses, dan mengoutput data;
  • Perkakasan dan perisian pelayan yang digunakan untuk menyokong kegunaan seperti e-mel dan perisian muafakat, perkhidmatan fail dan cetak, pelayan/atur cara penggunaan sesawang, sistem storan, dan perkhidmatan-perkhidmatan pengehosan sesawang yang lain;
  • Persisian yang disambungkan terus kepada sistem maklumat komputer yang digunakan untuk mengumpulkan atau menghantar audio, video dan maklumat grafik seperti pengimbas dan pendigit;
  • Rangkaian data, suara, dan video, serta semua kelengkapan dan perisian komunikasi yang berkait;
  • Sistem sambutan suara yang berinteraksi dengan pangkalan data dan atur cara penggunaan komputer;
  • Kelengkapan telefon dan radio yang digunakan untuk komunikasi suara, termasuk rangkaian komunikasi radio negara;
  • Sistem komputer "terbuka/bersepadu" yang mengawal atau mengautomatikkan proses mekanik dan kimia serta juga menyimpan maklumat yang digunakan oleh atur cara komputer bagi tujuan menganalisis dan membuat keputusan, misalnya sistem pengurusan pembinaan Metasys.
  • Semua kos pengendalian, kelengkapan dan masa kakitangan yang berkait dengan penyokongan infrastruktur teknologi agensi, mungkin termasuk barang yang tidak terangkum di atas, misalnya kelengkapan video yang digunakan untuk latihan teknologi yang terangkum dalam pusat kos sistem maklumat untuk agensi tersebut.

7.   Walau bagaimanapun, ruang lingkup teknologi maklumat TIDAK merangkumi:

  • Sistem komputer "tertutup/tersendiri" yang mengawas atau mengautomatikkan proses mekanik dan kimia, misalnya sistem penggera kebakaran.
  • Kelengkapan pandang-dengar yang boleh dikendalikan sebagai sebuah kelengkapan tersendiri, misalnya televisyen, perakam pita, perakam kaset video, kamera video, dan projektor paras atas (kelengkapan penyuntingan video tersendiri tidak terangkum dalam pengecualian ini);
  • Mesin fotokopi dan mesin faks;
  • Lesen dan langganan untuk maklumat elektronik yang dibekalkan kepada pengguna sebagai ganti kepada buku atau majalah tercetak;
  • Gaji kakitangan yang menggunakan teknologi tetapi tidak terlibat secara langsung dalam pembangunan, pelaksanaan atau penyokongan teknologi maklumat (kakitangan kemasukan data, kakitangan yang mendigitkan lukisan, kakitangan yang melakukan penerbitan meja, dan pengguna mahir yang menggunakan ciri lanjut perisian hamparan dan pemprosesan kata tidak terangkum dalam pengecualian ini).
  • Perkhidmatan kemasukan data.

8.   Sebilangan tugas yang dilakukan oleh ahli profesional IT termasuk:


Lihat juga

Alatan peribadi