Ensiklokamus Teknologi Maklumat, Ensiklopedia Teknologi Maklumat, Istilah Teknologi Maklumat, Kamus Teknologi Maklumat  

Apabila gelintaran dalaman gagal:

Tentang   Rencana popular     Rencana lengkap   Blog Forum   eBagaimana   e-tutoran Hubungi

Visual Basic

Lompat ke: pandu arah, cari

 
[ Bahasa Inggeris: Visual Basic ] frames

Keempat-empat kotak berwarna ialah logo VBA, dengan dua dram di atasnya melambangkan kesambungan pangkalan data.
Keempat-empat kotak berwarna ialah logo VBA, dengan dua dram di atasnya melambangkan kesambungan pangkalan data.

Visual Basic (VB) ialah bahasa pengaturcaraan pacuan peristiwa generasi ketiga dan sekitaran pembangunan berkait yang dibangunkan oleh syarikat Microsoft untuk model pengaturcaraan COM. Visual Basic memiliki salah satu asas pengguna yang terbesar dalam bidang pengaturcaraan perniagaan. Ia kini bersaing dengan bahasa pengaturcaraan C++, C# dan Java untuk penguasaan dunia perniagaan, dengan JavaScript juga merupakan salah satu daripada pesaingnya. Versi 6 yang diterbitkan pada tahun 1998 merupakan lepasan terakhir Visual Basic, dengan sokongan dilanjutkan sehingga tahun 2008. Pengganti Visual Basic ialah Visual Basic .NET.


2.   Visual Basic diterbitkan daripada bahasa pengaturcaraan BASIC dan membolehkan:

VB 1.0 diperkenalkan pada tahun 1991. Pendekatan untuk menggabungkan bahasa pengaturcaraan dengan antara muka pengguna grafik berasal daripada Tripod, sebuah prototaip yang dibangunkan oleh Alan Cooper. Microsoft mengikat kontrak dengan Cooper dan rakan-rakannya untuk menjadikan Tripod sebagai sebuah cangkerang boleh atur cara untuk Windows 3.0 di bawah nama kod Ruby (tiada kaitan dengan bahasa pengaturcaraan Ruby). Kawalan Ruby yang boleh diperluas kemudian menjadi antara muka VBX.


3.   Visual Basic direka bentuk supaya mudah dipelajari serta digunakan. Seseorang pengguna boleh membangunkan sebuah atur cara penggunaan dengan hanya menggunakan komponen yang disediakan oleh Visual Basic. Pengaturcaraan dalam VB merupakan gabungan:

  • mengatur komponen dan kawalan pada sebuah borang;
  • menentukan atribut serta tindakan komponen tersebut; dan
  • menulis beberapa baris kod untuk meningkatkan kefungsian.

Walaupun atur cara boleh disusun menjadi kod asli boleh atur cara sejak versi 5, ia masih memerlukan perpustakaan masa jalanan sebanyak 2 MB. Perpustakaan ini terangkum dalam Windows 2000 dan versi-versi kemudian, akan tetapi versi Windows yang lebih awal memerlukannya diedarkan bersama-sama dengan fail boleh laku.


4.   Visual Basic boleh mencipta fail boleh laku (fail EXE), kawalan ActiveX, dan fail DLL, akan tetapi ia digunakan terutamanya untuk membangunkan atur cara penggunaan Windows dan untuk mengantara muka dengan sistem-sistem pangkalan data laman sesawang. Kawalan memberikan kefungsian atur cara yang asas, tetapi para pengatur cara boleh memasukkan logik tambahan ke dalam pengendali peristiwa yang sesuai. Komponen Visual Basic boleh tidak memiliki antara muka pengguna dan sebaliknya, memberikan objek ActiveX kepada atur cara yang lain menerusi Model Objek Komponen (COM). Ini membenarkan pemprosesan pihak pelayan atau modul tambahan.


5.   Bahasa Visual Basic mengamalkan pengurusan ingatan automatik yang digelar pemungutan sampah menerusi penghitungan rujukan, dan memiliki sebuah perpustakaan objek utiliti yang besar serta sokongan berorientasi objek yang asas. Oleh sebab komponen yang lebih kerap digunakan terangkum dalam templat projek lalai, pengatur cara jarang memerlukan perpustakaan tambahan. Berbeza dengan banyak bahasa pengaturcaraan yang lain, Visual Basic umumnya tidak peka terhadap kasus huruf. Bagaimanapun, pembandingan rentetan adalah peka kasus secara lalai, akan tetapi ia boleh dijadikan tidak peka jika diperlukan. Penyusun Visual Basic dikongsi dengan bahasa-bahasa Visual Studio yang lain (C, C++), tetapi sekatan dalam sekitaran pembangunan bersepadu (IDE) tidak membenarkan penciptaan sesetengah sasaran (DLL model Windows) dan model pembebenangan.


6.   Microsoft telah membangunkan sejumlah terbitan Visual Basic untuk penskripan. Contohnya termasuk Visual Basic for Applications (VBA), VBScript, dan Visual Basic .NET.   lebih...

Alatan peribadi