Ensiklokamus Teknologi Maklumat, Ensiklopedia Teknologi Maklumat, Istilah Teknologi Maklumat, Kamus Teknologi Maklumat  

Apabila gelintaran dalaman gagal:

Tentang   Rencana popular     Rencana lengkap   Blog Forum   eBagaimana   e-tutoran Hubungi

Wiki

Lompat ke: pandu arah, cari

[ Bahasa Inggeris: Wiki ] frames

Wikipedia bahasa Inggeris ialah wiki yang terbesar di dunia.
Wikipedia bahasa Inggeris ialah wiki yang terbesar di dunia.
Wiki ialah perisian yang membenarkan pengguna berdaftar atau sesiapa jua mencipta, menyunting, mempaut, dan menyusun kandungan laman sesawang bersama-sama. Ia seringnya dipergunakan untuk mencipta laman sesawang muafakat serta juga untuk menjalankan laman sesawang komuniti. Kandungan laman sesawang biasanya bersifat bahan rujukan. Wiki yang terbesar dalam Jaringan Sejagat ialah Wikipedia bahasa Inggeris. Ia menggunakan perisian MediaWiki yang tepat sama dengan laman sesawang ini. Selain itu, sektor perniagaan juga mempergunakan wiki untuk intranet dan Pengurusan Pengetahuan.

2.   Ward Cunningham, pembangun wiki yang pertama, mula membangunkan WikiWikiWeb pada tahun 1994 untuk pengguna wikinya "memberi komen dan saling menyunting teks antara satu sama lain". Beliau memasang wikinya pada domain internet c2.com pada 25 Mac 1995. Nama "Wiki Wiki" ialah kata ganda untuk "wiki", sepatah perkataan bahasa Hawaii yang membawa pengertian "pantas". Perkataan itu diterima oleh Oxford English Dictionary (Kamus Inggeris Oxford) dalam talian pada 15 Mac 2007.


3.   Intipati konsep wiki adalah seperti yang berikut:

  • Wiki menjemput pengguna menyunting mana-mana satu halaman atau mencipta halaman baru dalam laman sesawang wiki, dengan hanya memerlukan pelayar sesawang yang mudah, tanpa sebarang perisian tokokan.
  • IWiki menggalakkan pempautan topik yang bererti antara berbagai-bagai halaman dengan memudahkan penciptaan pautan halaman serta juga menunjukkan adakah halaman sasaran yang ditujukan itu wujud atau tidak.
  • Wiki bukannya laman sesawang yang canggih bentangannya. Sebaliknya, ia bertujuan untuk membabitkan pengunjung dalam proses penciptaan rencana yang berterusan secara muafakat.

4.   Falsafah utama reka bentuk wiki adalah untuk memudahkan pengguna membuat pembetulan. Bagaimanapun, falsafah terbuka sebegini membawa kesan sampingan kerana ia tidak dapat memastikan bahawa setiap penyunting berniat baik. Laku musnah merupakan suata masalah yang besar. Walaupun demikian, wiki cenderung mengamalkan pendekatan yang lembut terhadap masalah laku musnah, iaitu ia memudahkan pembetulan sebarang kerosakan, tanpa mencuba mencegahnya. Untuk mencapai falsafah ini, wiki membekalkan cara untuk mengesahkan setiap perubahan pada halamannya, dengan hampir semua wiki memiliki halaman "Perubahan Terkini" yang menyenaraikan setiap suntingan yang baru. Wiki yang lebih besar biasanya juga menggunakan kaedah yang lebih canggih, seperti perisian bot yang boleh mengenal pasti dan memulihkan laku musnah secara automatik. Takat laku musnah yang dialami oleh sesuatu wiki bergantung kepada betapa terbuka wiki itu, dengan wiki yang membenarkan pengguna tak berdaftar menyunting mengalami lebih banyak laku musnah, berbanding dengan wiki yang hanya membenarkan pengguna berdaftar berbuat sedemikian.


5.   Bagi mereka yang berminat untuk mencipta wiki sendiri, terdapat banyak ladang wiki awam yang percuma yang disediakan dalam internet. Sesetengahnya juga membenarkan pengguna mengunci wikinya supaya tidak boleh dibaca oleh orang lain dan dengan itu, seseorang pengguna boleh mempergunakan wiki itu untuk menyimpan maklumat peribadi. Contoh ladang wiki termasuk PeanutButterWiki, Socialtext, Wetpaint, dan Wikia. Secara amnya, ladang wiki yang percuma mengandungi iklan pada setiap halaman untuk menjanakan hasil kepada pengendalinya. Walaupun demikian, Wikidot, suatu ladang wiki yang agak baru, tidak berbuat demikian tetapi sebaliknya, membenarkan pengguna membuat pilihan adakah dia hendak memasukkan iklan atau tidak. Jika dia memasukkan iklan AdSense, maka dia dikehendaki berkongsi hasil pengiklanannya dengan pengendali Wikidot, dengan pengguna mengambil sehingga 80% daripada hasil pengiklanan tersebut.   lebih...

Alatan peribadi