Ensiklokamus Teknologi Maklumat, Ensiklopedia Teknologi Maklumat, Istilah Teknologi Maklumat, Kamus Teknologi Maklumat  

Apabila gelintaran dalaman gagal:

Tentang   Rencana popular     Rencana lengkap   Blog Forum   eBagaimana   e-tutoran Hubungi

e-tutoran:PHpMyAdmin

Lompat ke: pandu arah, cari

Senarai kandungan

Tutorial ini direka bentuk supaya anda akan dapat memahami asas phpMyAdmin.

Anda boleh mencapai akaun MySQL anda dengan menggunakan pautan:

Apabila anda klik pada pautan di atas, sebuah kotak dialog akan menggesa anda untuk nama pengguna serta kata laluan. Ini adalah nama pengguna dan kata laluan yang diberikan kepada anda apabila anda MySQL dipasang untuk anda.

Skrin log masuk

Apabila anda log masuk, sebuah skrin phpMyAdmin akan muncul seperti yang berikut:

Mencipta sebuah jadual dalam pangkalan data anda

Kerangka kiri dalam phpMyAdmin digunakan untuk pandu arah. Anda akan melihat pangkalan data anda dipaparkan di sini. Apabila anda mencipta jadual-jadual, ia akan ditunjukkan di bawah ini.

Klik kerangka pandu arah pada pangkalan data anda dan sebuah tetingkap baru akan muncul di sebelah kanan.

Mencipta jadual

Kita akan mencipta sebuah jadual dalam pangkalan data yang dipanggil "orang". Gunakanlah ciri Create new table. Taip nama bagi jadual yang baru ke dalam Nama: pekerja, dan bilangan lajur dalam jadual (4) ke dalam Medan. Anda boleh menghapuskannya dengan menggunakan fungsi Drop. Anda akan membuat persediaan untuk membenarkan pertumbuhan jadual anda.

Mentakrifkan medan

Klik Go dan anda akan melihat yang berikut. Judul jadual kini akan muncul di bawah nama pangkalan data.

Ciri-ciri jadual

Masukkanlah nama dan sifat medan-medan jadual anda. Masukkan maklumat yang berikut seperti di atas:


Apabila anda telah memasukkan semua nilai, klik Save. Sebuah skrin seperti yang berikut akan muncul:

Sifat jadual

Anda telah berjaya mencipta jadual anda! Perintah SQL untuk mencipta medan-medan juga dipaparkan. Ini tidak diperlukan tetapi dengan berjalannya masa, anda akan mula mengenal perintah-perintah MySql. Perhatikanlah bahawa anda boleh menggunakan Drop untuk menghapuskan jadual atau medan.

Menginput data ke dalam jadual

Klik pada tab "Insert" dan lagi sebuah tetingkap akan muncul seperti yang berikut:

Menambah rekod

Taip perincian-perincian bagi setiap medan bagi rekod ini. Lajur "id" telah ditetapkan supaya bertambah secara automatik supaya anda tidak perlu memasukkan nombor.

Klik Save dan rekod anda itu akan disimpan dalam jadual orang.

Tetingkap terdahulu akan muncul semula dengan perintah SQL untuk kemasukan. Anda boleh menambah rekod-rekod dengan memilih semula "Insert". Bagi banyak rekod, anda boleh memilih butang radio "Insert another new row" di borang input.

Apabila anda habis memasukkan beberapa rekod ke dalam jadual, anda boleh menyemaknya dengan mengklik tab Browse. Anda boleh klik pada rekod-rekod yang tertentu untuk menyunting atau menghapuskannya.

Membaca-baca jadual anda

Anda boleh menggunakan tab Select untuk menghalusi paparan anda ketika pangkalan data anda mula bertambah sehingga mempunyai banyak halaman rekod.

Mencipta salinan sandar bagi data anda

  • Klik pada nama pangkalan data anda di bar pandu arah yang terletak di sebelah kiri
  • Klik pada EXPORT (tab di atas)
  • Tandai jadual-jadual yang ingin anda cipta salinan sandar
  • Pilih butang radio STRUCTURE dan DATA
  • Kurung nama-nama jadual dan medan dengan tanda petikan
  • Pilih kotak-kotak tanda "Save as file" dan "zipped"

- Klik "Go" dan fail arkib zip akan dijanakan.

Lihat juga

Alatan peribadi